SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan Selamat Datang
Today is a Beautiful Day!

PUR-Q dapat meransang aura semulajadi kanak-kanak yang dilahirkan suci lahir dan batin mereka. Ayat ruqyah yang dibacakan dapat mengeluarkan aura negatif pada salur darah kanak-kanak dan akan menambahkan lagi AURA POSITIF pada diri kanak-kanak. Manisan merupakan makanan otak ditambahkan dengan GARAM BUKIT dan ZAFARAN (Saffron) maka neuron-neuron otak akan berhubung di antara satu sama lain dengan agresif.... InsyaAllah

Salam Sayang ~Kak Yong~
Pertanyaan - SMS / Whatsapp Kak Yong 019-284 7600

TOLONG VIEW SEHINGGA KE BAWAH YE!!

Isnin, 16 Disember 2013

Jadikan amalan setiap pagi

“Kita kena didik anak sejak dari dalam kandungan lagi. Tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia perlu berterusan sehinggalah mereka meningkat dewasa. Ramai yang anggap kalau kanak-kanak tu lemah, terimalah setakat itu sahaja sedangkan kita boleh cari di mana kekurangannya dan gilap semula.

“Ramai orang terkenal di dunia yang tak pandai di sekolah tapi menjadi manusia terkenal sebab mereka pintar menggunakan otak."

Pemakanan berkhasiat PUR-Q ini dapat memberi tambah nilai kepad...
a kualiti kesihatan fizikal dan mental bagi anak-anak anda agar sentiasa bermotivasi tinggi bagi menjamin kecemerlangan mereka di dalam pelajaran dan kehidupan seharian.

Perbelanjaan untuk perkembangan fizikal dan mental anak-anak pada peringkat awal jauh lebih bermakna daripada perbelanjaan ketika mereka sudah dewasa.

Amalan memakan 2 @ 3 biji PUR-Q setiap pagi InsyaAllah dapat memberi jalan untuk kita memperoleh permata berharga dari zuriat kita sendiri.

 
Info Lanjut tentang keberkesanan PUR-Q boleh sembang di inbox mesej
 
atau sms / whatsapp
019-284 7600 / 010-506 6200 / 0111-532 6200

Jumaat, 13 Disember 2013

PESANAN .. PESANAN .. PESANAN ..

Pesanan buat anak-anaku dan anak-anak kita semua!

* Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta..

* Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim..

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Isl...
am itu..

* Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia..

* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA..

* Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta..

* Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya..

* Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya..

* Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas...

:: dlm setiap pekerjaan yg kita ceburi,keikhlasan sgt penting :: :)♥

-T- (perkongsian dari : Tanyalah Ustaz)

Isnin, 9 Disember 2013

Latih Anak Guna Otak Kanan



Otak Kanan – Teknik Jepun, Shichida Methods.

 Tahukah anda mengenai kelas Shichida, iaitu kelas yang diuruskan oleh orang-orang Jepun untuk melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ini lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi haruslah berlatih menggunanya.

Anda boleh berlatih mengguna kaedah ini dalam mendidik anak-anak anda. Insya Allah, dengan usaha yang gigih, keberkesanannya dapat dilihat setelah seminggu.

1. Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakapkan padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang padanya, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Ini adalah disebabkan semasa dia tidur-tidur ayam, otak kanannya sedang bekerja, manakala otak kiri sudah tidur. Perbuatan ini hendaklah dilakukan seikhlas hati… Sekiranya anda kalau tengah marah, tidak akan menjadi. Jika anak anda sudah tidur, ramas-ramas atau picit-picit jari atau tangannya, supaya dia kembali berada dalam keadaan tidur-tidur ayam.

2. Guna kad untuk ajar anak. Umpamanya A, B, C hingga Z. Insya Allah selepas seminggu, ia boleh mengenali semua huruf serta berupaya mengeja perkataan pendek-pendek. Buat kad banyak-banyak dan tunjukkkan padanya cepat-cepat, insya Allah dia akan cepat mempelajarinya kerana otak kanannya die bekerja keras untuk menangkapapaapa jua yang kita tunjukkan. Kia boleh buat kad 1,2,3, gambar-gambar dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan. Oleh itu, ajar anak anda bermain dengan tanah liat, water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memanglah kita yang kene mengemas, tetapi tidak mengapa. Satu lagi… cuba lukis gambar-gambar, contohnya rama-rama, tetapi sebelah sahaja dan suruh anak anda sambungkan melukis di sebelah lagi mengikut apa yang anda telah lukis. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda menga orang-orang Cina dan Jepoun pandai-pandai? Ini adalah kerana mereka makan menggunakan chopstik. Chopstik mengaktifkan kerja tangan dan juga menggerakkan otak kanan.

4. Jangan marah-marah atau tengking anak, kerana mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Sekiranya anda termarah padanya, cuba kaedah No. 1 dan mintalah maaf padanya.

5. Galakkan pembangunan imaginasinya dengan bercerita padanya. Kemudian suruh anak anda menyambung cerita tu, walaupun cerita itu walaupun ceritanya tak masuk di akal. Kita pun bukan tak biasa cakap merapu.

6. Main teka-teki dengannya. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apa benda tu. Pada beberapa cubaan pertama, anda bolehlah memberi beberapoa pilihan klu, seperti warna, bunyi, dll. Ini akan dapat membangunkan sixth sence. Dengan memberi tumpuan, anak anda akan dapat meneka benda yang ada di dalam kotak tisu tersebut. Ini semua adalah untuk mengktifkan otak sebelah kanan. Tetapi harus diingatkan bahawa semua permainanan yang anda hendak lakukan dengan anak anda cuma boleh dibuat dalam masa setengah jam sehari… tidak payah lama-lama.

7. Sebelum membuat latihan, anda haruslah menarik nafas dalam-dalam dan relaks… tidak boleh dilakukan semasa hendak memasak, membasuh kain, menonton dsb… tidak akan menjadi.. Perbuatan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, serta merendah diri apabila mahir. Ini semua pemberian Allah Yang Maha Mengetahui. Sekiranya Dia mengizin anak kita menjadi pandai Alhamdulillah. Tetapi, tapi kita kenalah berusaha, dan bersyukur jika usaha kita dah berhasil kerana bila-bila sahaja Dia boleh menarik balik pemberiannya.


8. Untuk berkongsi sesama pembaca:
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada mengatakan perkara yang sama dan dia ada menyebut mengenai perkataan JANGAN untuk anak-anak. Sekiranya kita banyak sangat mengguna perkataan JANGAN pada anak-anak….. itulah yang anak akan buat….. Gunakan perkataan TOLONG. Contohnya….

:: Tolong senyap Abang. Berbanding Jangan bising bang..

Dalam Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap-cakap atau berdoa dengan anak-anak ketika mereka dalam proses hendak tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan.